Halaman ini menerangkan dasar privasi kami yang merangkumi penggunaan dan perlindungan sebarang maklumat yang diserahkan oleh pelawat. Jika anda memilih untuk membuat sebarang transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini boleh dikongsi di mana perlu dengan agensi Kerajaan lain untuk memberi perkhidmatan kepada anda dengan cara yang paling cekap dan berkesan. Contohnya mungkin dari segi menyelesaikan atau menangani aduan yang memerlukan peningkatan kepada agensi Kerajaan lain.
Tiada maklumat peribadi akan dikumpulkan semasa anda sedang menggunakan tapak web ini kecuali untuk maklumat yang diberikan melalui e-mel atau di modul pendaftaran pengguna.
Sekiranya anda melaksanakan pendaftaran pengguna, secara langsung anda BERSETUJU untuk kami menyemak rekod peribadi anda dengan sistem agensi kerajaan lain seperti HRMIS JPA, SSM, KWSP, SKM, rekod kakitangan dan pelajar di KPT, JPPM (ROS) dan JPN. Rekod peribadi anda akan disimpan dalam portal kami di modul pengguna yang boleh disemak oleh anda pada bila-bila masa.
Portal ini mengandungi pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai pada tapak kami dan anda harus sedar bahawa tapak lain yang dipautkan oleh tapak web ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan kami amat mengesyorkan anda membaca dan memahami pernyataan privasi setiap tapak.
Jika dasar privasi ini berubah dalam apa jua cara, ia akan dikemaskini pada halaman ini. Menyemak halaman ini dengan kerap memastikan anda dikemas kini tentang maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan apa, jika ada, ia dikongsi dengan pihak lain.
Masukkan butiran anda untuk log masuk ke akaun pengguna
Bukan Pengguna? Klik di sini untuk mendaftar.
JABATAN DIGITAL NEGARA. 2025 © Hak Cipta Terpelihara