Soalan Lazim Mengenai MyGovBC
|
Apa itu MyGovBC?
▲
MyGovBC adalah platform rantaian blok (blockchain) kerajaan Malaysia yang dibangunkan untuk menyokong pelaksanaan kontrak pintar dan projek rantaian blok oleh agensi sektor awam. Platform ini bertujuan untuk meningkatkan ketelusan, keselamatan dan kecekapan dalam pengurusan data serta transaksi yang berkaitan dengan projek sektor awam.
Siapakah agensi yang boleh memohon perkhidmatan MyGovBC?
▲
MyGovBC terbuka kepada semua agensi sektor awam. Semua agensi yang mempunyai keperluan untuk menggunakan rantaian blok dalam melaksanakan projek atau pengurusan data boleh memohon perkhidmatan kepada platform ini.
Apakah keperluan dan kepentingan MyGovBC?
▲
MyGovBC diperlukan untuk memastikan pengurusan data lebih cekap, telus dan selamat. Platform ini membantu mengurangkan risiko manipulasi data melalui penyimpanan yang tidak boleh diubah serta memberi jaminan keselamatan data melalui kriptografi rantaian blok.
Bagaimanakah cara memohon MyGovBC?
▲
Permohonan MyGovBC boleh dilakukan melalui langkah berikut:
Apakah isu-isu yang sering dikaitkan dengan MyGovBC?
▲
Berikut adalah beberapa isu yang sering dikaitkan dengan MyGovBC:
|
Masukkan butiran anda untuk log masuk ke akaun pengguna
Bukan Pengguna? Klik di sini untuk mendaftar.
JABATAN DIGITAL NEGARA. 2025 © Hak Cipta Terpelihara