FAQ Log Masuk
Soalan Lazim

Soalan Lazim

Soalan Lazim Mengenai MyGovBC

Berapakah jumlah maksimum transaksi yang boleh diproses secara serentak dalam rangkaian MyGovBC?

Jumlah maksimum transaksi yang boleh diproses secara serentak dalam rangkaian MyGovBC adalah sehingga 1,000 transaksi pada satu masa.

Adakah data yang telah direkodkan boleh dikemas kini atau dipadam?

Data yang telah direkodkan dalam rangkaian MyGovBC tidak boleh dikemas kini atau dipadam. Segala maklumat yang direkodkan adalah kekal (immutable) bagi memastikan integriti, ketelusan, serta kebolehpercayaan data.

Berapakah saiz data yang boleh disimpan bagi setiap transaksi dalam rangkaian MyGovBC?

Saiz data yang disarankan bagi setiap transaksi dalam rangkaian MyGovBC perlu kurang daripada 2MB. Saiz yang besar bagi setiap transaksi akan mengambil masa yang lebih lama untuk memproses dan mengesahkan transaksi dalam rangkaian MyGovBC.

Apakah tahap kekerapan penghantaran data yang disarankan bagi agensi ke dalam rangkaian MyGovBC?

Agensi disarankan untuk mengekalkan kekerapan transaksi pada tahap yang rendah bagi tujuan mengoptimumkan prestasi rangkaian, mengurangkan beban pemprosesan, serta memastikan kelancaran proses pengesahan transaksi.

Adakah agensi perlu memiliki personel yang berpengetahuan dalam API serta teknologi berkaitan blockchain?

Agensi perlu mempunyai pegawai yang sekurang-kurangnya mahir dalam pembangunan dan pengendalian API. Pengetahuan asas mengenai smart contract dan blockchain juga amat digalakkan bagi memastikan integrasi sistem, pengurusan data serta pelaksanaan transaksi dalam rangkaian MyGovBC dapat dijalankan dengan lebih lancar dan berkesan.

Apakah status sistem agensi yang diperlukan sebelum memulakan integrasi dengan MyGovBC?

Sistem agensi perlu TELAH SIAP dibangunkan dan berfungsi sepenuhnya sebelum proses integrasi dengan MyGovBC dimulakan. Ini bagi memastikan semua fungsi sistem sedia diuji dan boleh beroperasi dengan stabil semasa pelaksanaan integrasi.

Apakah jenis konsensus yang digunakan dalam MyGovBC?

MyGovBC menggunakan konsensus Proof of Authority (PoA) yang menggunakan kaedah berasaskan kepada identiti dan kepercayaan terhadap validator yang dilantik. Hanya akaun validator yang diberi kuasa boleh mencipta dan mengesahkan blok baharu. 


Berbeza dengan Proof of Work (PoW) yang bergantung pada kuasa pengiraan, atau Proof of Stake (PoS) yang bergantung pada pegangan token, PoA lebih ringan, pantas, dan sesuai untuk rangkaian peribadi atau organisasi kerana ia menekankan autoriti validator sebagai asas persetujuan.

Berapakah anggaran kos gas (gas fee) yang dikenakan bagi setiap transaksi dalam platform MyGovBC?

Tiada gas fee dikenakan kerana transaksi dalam MyGovBC dijalankan dalam rangkaian tertutup (private network) tanpa melibatkan kos pemprosesan awam.

Berapakah kadar keupayaan pemprosesan transaksi yang disokong oleh platform MyGovBC?

Platform MyGovBC menyokong kadar pemprosesan sehingga 5 transaksi sesaat (5 TPS) bagi memastikan kestabilan dan kecekapan rangkaian.

Berapakah bilangan maksimum parameter data yang boleh disimpan bagi setiap transaksi dalam MyGovBC?

Setiap transaksi boleh menyimpan sehingga 8 parameter data bergantung pada keperluan sistem agensi.

Berapakah panjang maksimum medan (field) yang dibenarkan bagi setiap parameter dalam transaksi MyGovBC?

Tiada had khusus ditetapkan bagi panjang medan kerana data disimpan dalam format JSON yang membenarkan struktur data fleksibel.

Sekiranya bilangan parameter melebihi had yang ditetapkan, apakah kaedah yang disarankan untuk penyimpanan?

Sekiranya bilangan parameter melebihi had yang ditetapkan, data boleh disimpan dalam bentuk JSON yang mengandungi pasangan key dan value bagi memastikan struktur data kekal tersusun dan mudah diakses.

Semasa proses verifikasi transaksi, apakah maklumat atau data yang akan dipaparkan kepada pengguna untuk tujuan pengesahan?

Semasa verifikasi, semua data yang disimpan akan dipaparkan semula dalam bentuk jadual (table) bagi memudahkan semakan dan pengesahan maklumat.

Logo

Logo

Masukkan butiran anda untuk log masuk
ke akaun pengguna


Bukan Pengguna? Klik di sini untuk mendaftar.

JABATAN DIGITAL NEGARA. 2025 © Hak Cipta Terpelihara